SMIHJB: Hari Pertama Persekolahan bagi Tahun 2020.

SMIHJB| Hari Pertama Persekolahan
1 Januari 2020, Rabu.

Alhamdulillah dengan cuaca yang baik, warga Sekolah Menengah Islam Hidayah telah hadir ke sekolah pada hari ini.

Pelajar dan Ibu bapa disambut oleh Ahli Lembaga Sekolah, Guru-guru dan MPP.

Dimulakan dengan perhimpunan pagi, dipengerusikan oleh Ustazah Noorzana Khamis, bacaan doa oleh Ustaz Baihaqi, nyanyian nasyid Asmaul Husna, lagu Negaraku, lagu Negeri Johor dan lagu Sekolah.
Kesemua lagu telah dinyanyikan dengan penuh semangat, menggegarkan dan membuka tirai 2020 dengan jayanya.

Diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua, Ustazah Seri Juli Emas Wati bt Adnan, taklimat dari PK HEM, Ustazah Hamizah bt Othman dan bacaan doa penutup oleh Ustaz Ubadah.

Selepas rehat pertama diadakan Solat Hajat, mendoakan agar pengurusan sekolah berjalan lancar, mendapat keberkatan dan kesejahteraan sepanjang tahun InsyaAllah.

Semoga tahun 2020 ini lebih baik dari sebelumnya.

Datang dengan matlamat,
pulang dengan maklumat.

Datang dengan harapan,
pulang dengan kejayaan.

#JOMKESYURGA

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda