SMIHBP: Pengenalan

Pada tahun 1989 Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah ditubuhkan di Johor Bahru. Ia diikuti dengan penubuhan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) pada tahun 1995. SRIH dan SMIH ditubuhkan untuk memberikan sistem pendidikan alternatif berteraskan Islam yang diurus dengan profesional.

SRIH dan SMIH ditadbir di bawah Pusat Pendidikan Hidayah Berhad (PPH), yang berdaftar sebagai pusat pendidikan swasta yang tidak berorentasikan keuntungan.  Operasi dan pembangunan PPH adalah hasil dari yuran pelajar dan sumbangan orang ramai.

Kini SRIH dan SMIH telah diiktiraf dan mendapat Anugerah Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta(SKIPS) penarafan 5 bintang (2015-2017)  oleh Kementerian Pendidikan dan Anugerah Sijil Kualiti IKRAM Musleh(SKIM) penarafan 5 bintang ( 2015 ) oleh  IKRAM Musleh Berhad . Setelah 30 tahun berpengalaman dalam pendidikan, kini PPH berkongsi kecemerlangannya bersama masyarakat Batu Pahat. SRIH BP telah ditubuhkan sejak 2015. SMIH BP pula akan mula beroperasi pada sesi 2020 bersama 24 tahun pengalamannya.

Kesemua SMIH BP, SRIH BP, SMIH JB dan SRIH JB adalah sekolah swasta yang  menawarkan  pendidikan bersepadu yang menggabungkan subjek akademik  KSSR, KSSM KPM serta Kurikulum Deeniah SPIS (Sukatan Pelajaran Ilmu Syariah) yang dibangunkan oleh  IKRAM Musleh. Ia didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran dan Jabatan Agama Islam Johor.

Falsafah Pendidikan

Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-quran dan As-sunnah malalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda