Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2016

Pihak sekolah akan mengadakan orientasi bagi pelajar Tingkatan 1 sesi 2016.Tarikh : 31 Disember 2015 ~ 2 Januari 2016 (Khamis ~ Sabtu)
Masa : 9.00 pagi (Khamis) ~ 12.30 tghri (Sabtu)
Tempat : Foyer SMIH (pendaftaran) Kehadiran : Wajib
Yuran : RM 20.00 (bayar sewaktu pendaftaran orientasi)

Pakaian : Baju t-shirt berkolar / kemeja / seluar ‘slack’ (Lelaki) :Baju t-shirt labuh & kain / baju kurung/ Jubah / tudung labuh (perempuan)

Antara objektif program ialah :

i) Memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar baru mengenai sejarah, sistem pendidikan dan suasana di SMIH, budaya, serta alam persekolahan peringkat menengah
ii) Memperkenalkan ciri-ciri peribadi muslim dan ciri-ciri insan Rabbani sebagai generasi peribadi muslim yang unggul
iii) Memahami dan menghayati konsep aqidah, ibadah dan akhlak dalam Islam
iv) Mengeratkan ukhuwah pelajar tingkatan satu dan memperkenalkan barisan kempimpinan pelajar di sekolah

Berikut adalah senarai barang keperluan yang perlu dibawa :

i. Al-Quran terjemahan dan Al-Ma’thurat
ii. Barang-barang peribadi (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi)
iii. Buku nota dan Alat tulis
iv. Baju t-shirt berkolar, Baju Melayu / raihan dan songkok / kopiah (lelaki)
v. Baju t-shirt labuh, baju kurung/ Jubah, tudung labuh dan telekung (perempuan)
vi. Seluar tracksuit dan baju sukan
vii. Ubat-ubatan (jika perlu)
viii. Comforter / Sleeping bag
ix. Kasut sukan

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda