Orientasi Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2016

Program orientasi bagi pelajar Tingkatan 4 bagi tahun 2016.

Tarikh : 5 Jan 2014 (Selasa) ~ 6 Jan 2016 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi (Selasa) ~ 4.00 (Rabu)
Yuran : RM 18.00 (bayar sewaktu pendaftaran orientasi) dan RM 5.00 (Yuran Proses) – pelajar SMIH sahaja (jika belum)
Kehadiran : Wajib

Antara objektif program ialah :

i) Meningkatkan kefahaman pelajar dalam pemilihan pakej pembelajaran baru.
ii) Memberi pendedahan agar pelajar bersedia melakukan anjakan paradigma
dalam menghadapi matapelajaran yang lebih mencabar.

Berikut adalah senarai barang keperluan yang perlu dibawa :

i. Al-Quran terjemahan dan Al-Ma’thurat
ii. Barang-barang peribadi (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi)
iii. Buku nota dan Alat tulis
iv. Baju t-shirt berkolar, Baju Melayu / raihan dan songkok / kopiah (lelaki)
v. Baju t-shirt labuh, baju kurung/ Jubah, tudung labuh dan telekung (perempuan)
vi. Seluar tracksuit dan baju sukan
vii. Ubat-ubatan (jika perlu)
viii. Comforter / Sleeping bag
ix. Kasut sukan

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda