Projek Mengecat Kelas SRIH

alt

Pihak Sekolah Rendah Islam Hidayah telah memaklumkan kepada PIBG SRIH mengenai cadangan mengecat kelas – kelas bersempena dengan sesi persekolahan 2014 yang bakal menjelma.  

Terdapat 30 kelas yang memerlukan cat yang baru bagi menceriakan lagi persekitaran dalam kelas anak – anak kita.  Kos mengecat setiap kelas dianggarkan berharga RM300 (harga cat dan upah mengecat). Dalam mesyuarat bertarikh 7 Disember 2013, Jawatankuasa PIBG SRIH telah bersetuju untuk melancarkan Skim Infaq Cat Kelas Sekolah Rendah Islam Hidayah.  Kos mengecat bagi setiap kelas akan dibahagikan kepada 6 bahagian (RM50.00 satu bahagian). Adalah diharapkan agar semua ibu – bapa dapat mengambil peluang ini untuk bersama – sama berinfaq demi kebaikan dan kemaslahatan anak – anak kita.  Sumbangan RM50.00 sangat berharga kepada pihak sekolah dan akan kekal sepanjang tahun.
Sila hubungi Pengerusi PIBG, Prof Dr Mahmood Md Tahir ditalian 013.720.1321 atau Bendahari, Md Azmani Syah Muhamad Ali (013.748.7480) bagi tujuan sumbangan dan maklumat lanjut.  Sumbangan boleh dibuat melalui akaun RHB Islamic Bank (Akaun:   2-01291-6000856-8) atas nama PIBG Sekolah Rendah Islam Hidayah
Sumbangan anda besar nilainya.

PIBG SRIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda