Kem Hafazan Level 2 Bulan Disember 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Bidang Al-Quran dan Tahfiz akan mengadakan Kem Hafazan Level 2 kepada pelajar Tahfiz  Tingkatan 1 hingga 4 Sekolah Menengah Islam Hidayah. Kem ini diadakan bertujuan untuk membantu para peserta memantapkan tilawah dan hafazan Al-Quran mereka.

Butir-butir program adalah seperti berikut:

Tarikh: 19 Disember (Khamis, 8.30 pagi) hingga 21 Disember 2013 (Sabtu, 5.00 petang)
Tempat: Sekolah Menengah Islam Hidayah (Pelajar bermalam di sekolah)
Yuran: RM70 bagi pelajar luar dan RM20 bagi pelajar asrama
Pendaftaran: 8.30 pagi (19 Disember 2013)

Para pelajar dikehendaki membawa barang-barang keperluan diri seperti toto, selimut dan bantal serta peralatan peribadi yang lain. Pelajar juga dikehendaki memakai Baju Melayu/Baju Raihan/jubah putih bagi lelaki dan tudung putih, Baju Kurung atau Jubah bagi pelajar perempuan sepanjang masa kelas Tahfiz. 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda