Megat Amirul Syahmi dan Arifah Sakinah Murid Mithali di Anugerah Ihtifal SRIH 2013

alt

Alhamdulillah Majlis Ihtifal Srih berjalan dengan lancarnya pada 16 Mei 2013 yang telah di rasmikan oleh Prof. Dr.Haji Omar Bin Yacob Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Anugerah murid mithali Aulad telah disandang oleh Megat Amirul Syahmi bin Megat Razman Syah manakala anugerah murid mithali banat telah disandang oleh Arifah Sakinah binti Mohamed Ruslan.

Antara anugerah-anugerah yang telah disampaikan adalah Anugerah Kecermelangan SPPIM dan UPSR,Anugerah penghafaz Cemerlang SPPIM,Anugerah Penghafaz terbaik SPPIM,Anugerah Khas Kecemerlangan Kokurikulum.Anugerah Penghafaz terbaik tahun 1~3,Anugerah penghafaz terbaik tahun 4~5,Anugerah Tilawah terbaik tahun 1~5,Anugerah anak soleh & musleh tahun 4~6,Anugerah kecermelangan KSSR tahun 1~2,Anugerah Kecermelangan KSSR tahun 3,Anugerah kecermerlangan akademik tahun 4~5,Anugerah peningkatan pretasi akademik,Anugerah terbaik TKRSM,Anugerah terbaik kelab & persatuan dan Anugerah terbaik sukan & permainan.

Penyampaian anugerah telah diselang-selikan dengan persembahan dari tahun 1,2,Kumpulan Nasyid Srih,Kumpulan Koir Srih dan pelajar tahun 6.Majlis bersurai pada jam 1.25 tengah hari 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda