PMR 2013 Bermula Hari Ini

Selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar Tingkatan 3 SMIH. Seramai 132 pelajar akan menduduki peperiksaan yang akan bermula hari ini 2 Oktober 2013. Mereka adalah Generasi ke 17 SMIH.

Semoga dikurniakan Allah ketenangan dalam menduduki peperiksaan, beroleh keberkatan dan mendapat kejayaan cemerlang.

 PMR 2013 merupakan PMR terakhir yang ditawarkan di SMIH selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan untuk memansuhkan PMR mulai tahun 2014. Mohon kerjasama ibu bapa pastikan calon-calon PMR datang jam 7.15 pagi dan tidak lewat dari 7.30 pagi supaya semua dapat berjalan lancar. Terima kasih.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda