SMIH dianugerah Taraf 5 Bintang

Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah dianugerahkan penarafan 5 Bintang (maksimum) oleh Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS). Majlis penyerahan sijil telah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada hari ini 29 Julai 2013.

Sijil telah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Johor, Tuan Hj Md Nor bin A Ghani. SMIH telah diwakili oleh Pengetuanya sendiri Hajah Fauziah Ab Salam.

Hanya dua sekolah sahaja yang mendapat penarafan 5 Star di negeri Johor iaitu SMIH dan Foon Yew.

Untuk makluman Foon Yew merupakan sekolah swasta Cina terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar dan saiz kampus mereka. Ia mula ditubuhkan sejak 1913.

Sementara itu Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) mendapat penarafan 3 Bintang. Anugerah telah diterima oleh Guru Besar SRIH, Ustazah Rohaida Ridwan.

alt alt


Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda