Lawatan Pelajar Palestin ke Hidayah

Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah menerima kunjungan 3 orang pelajar Gaza Palestin pada 11 Julai 2013 (Khamis). Mereka datang ke Malaysia melalui pembiayaan Aqsa Syarif untuk menyertai 5th Musleh International Students Debating Championship 2013 yang telah dilangsugkan di UTM Kuala Lumpur pada 26-29 Jun 2013.

Di dalam pertandingan tersebut mereka telah menjadi Johan dalam kategori Bahasa Arab mengalahkan pasukan dari Qatar. Kedua-dua pasukan debat Bahasa Arab SMIH masing-masing telah kalah di tangan pasukan Gaza dan Qatar di peringkat separuh akhir.

Sebanyak RM9k telah berjaya dikutip oleh SMIH dari kalangan pelajar dan guru untuk membantu Palestin. Sumbangan telah diserahkan oleh Pengetua SMIH dan diterima oleh Pengerusi Aqsa Syarif Johor Dr Faizul Amri Adnan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda