BORANG PENILAIAN SISTEM PENTAKSIRAN KONSTRUK PELAJAR IKRAM-MUSLEH (PKPIM) 2013

Pihak sekolah akan melaksanakan Pentaksiran Konstruk Pelajar Ikram -Musleh (PKPIM).

Pihak sekolah menegaskan di sini bahawa markah pentaksiran ini merupakan sebahagian daripada markah peperiksaan SPPIM di tingkatan empat yang akan dinilai tambah daripada pentaksiran  tingkatan 1-tingakatan 4.

Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan untuk memberikan kerjasama dalam membuat pemantauan dan penilaian terhadap anak / jagaan tuan/puan dalam Pentaksiran Konstruk Kemahiran Kekeluargaan – Amanah daripada  tarikh 22 Mac 2013 (Sabtu) hingga 31 Mac 2013 (Ahad). Manakala Konstruk Solat dinilai oleh pelajar sendiri selama 5 hari sahaja beserta pemantaun ibu bapa dari tarikh tersebut.

Sila kembalikan kepada guru mentor masing-masing untuk tindakan selanjutnya, pada 1 APRIL-5 APRIL 2013 . KEGAGALAN ATAU KELEWATAN ANAK-ANAK TUAN/PUAN MEMULANGKAN BUKU KONSTRUK TERSEBUT AKAN MENJEJASKAN MARKAH SPPIM SECARA KESELURUHAN.

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.


Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda