Jawatan Kosong Guru Deeniah/Pendidikan Islam

Dimaklumkan terdapat jawatan kosong di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Butir-butir adalah seperti berikut:

Jawatan: Guru Deeniah / Pendidikan Islam
Taraf Jawatan: Tetap
Jadual Gaji: Ijazah Sarjana Muda H02

Kelayakan dan syarat-syarat lantikan:
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia
3. Berumur tidak kurang dari 22 tahun pada tarikh tutup iklan
4. Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau
5. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari universiti luar negara atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon:
Pemohon-pemohon yang berminat dipelawa mengemukakan permohonan dengan memberikan maklumat peribadi (resume) dan melampirkan salinan sijil-sijil, dokumen yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot kepada:

PEGAWAI TADBIR:

Pn. Masini
Kg. Sinaran Baru,
Km 26, Jalan Johor Bahru,
Skudai,
Johor Darul Takzim
81300
Malaysia

Tel: 013-7348553

atau

Emel ke [email protected]

Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 30 Mac 2013.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda