Tempahan Buku SRIH Tamat Pada 30/11/12

Hari ini, 30/11/12 adalah hari terakhir untuk membuat tempahan Buku SRIH Online. Tempahan boleh dibuat di portal Kedai Buku SRIH Online.

Sejak dibuka pada 6 Nov 2012, seramai 437 ibu bapa telah mendaftar iaitu 53% dari jumlah ibu bapa di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). Mereka yang telah menempah dan membuat bayaran secara online akan diberi layan istimewa.

 

Mereka disediakan tarikh khas untuk mengambil buku yang telah dibeli iaitu pada 18-19 DEC 2012.

Jumlah nilai tempahan kira-kira RM 180,000. Dari jumlah ini hanya 50% darinya telah membuat bayaran.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, tempahan yang dibuat mesti disahkan. Tempahan yang dibuat akan terbatal jika tiada pengesahan bayaran dibuat. Bermakna, mereka yang menempah tanpa bayaran tidak dibenarkan mengambil buku pada 18-19 Dec 2012. Mereka dikehendaki membuat belian buku secara manual pada 26-28 Dec 2012.

Sistem tempahan buku SRIH online mula diperkenalkan pada 6 Nov 2012. Ia bertujuan mengurangkan masalah yang sering timbul semasa jualan buku seperti yang berlaku tahun-tahun sebelum ini. Melalui sistem ini, ibu bapa akan membuat tempahan online di portal yang disediakan. Kemudiannya tempahan yang dibuat perlu disahkan dengan membayar nilai tempahan dengan memasukkan bayaran ke akaun SIH NIAGA SDN BHD. Maklumkan bayaran kemudiannya diberikan kepada SIH Niaga melalui email. Setelah menerima bukti bayaran pihak SIH Niaga akan merekodkan bayaran dan ibu bapa boleh melihat rekod yang dibuat melalui portal sihniaga.com

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda