Dalam kita berbangga dengan kecemerlangan anak-anak ini, Hidayah tidak terlepas dari berdepan dengan cabaran kewangan, pengumuman oleh kerajaan mengenai gaji minima sektor swasta RM900.00 sebulan turut dirasakan satu cabaran oleh pihak sekolah. Walaupun Hidayah telah menempa kejayaan dalam berbagai aspek namun kejayaan ini mungkin sukar untuk bertahan sekiranya kebajikan guru-guru dan staf yang menyumbang kepada kejayaan ini tidak dikaji secara mendalam. Struktur penggajian mereka perlu dikaji semula agar mereka mendapat imbuhan yang sewajarnya.
Bagi mematuhi polisi gaji minima sektor swasta RM900.00 sebulan ini, pihak sekolah telah membuat kajian mengenai penstrukturan gaji baru untuk semua staf. Penstrukturan baru ini telah melibatkankenaikan kos operasi ( penggajian, penyenggaraan, aktiviti pelajar, utiliti dan lain-lain) sekolah yang kian meningkat tahun demi tahun.Pihak sekolah tidak ada sumber tetap yang lain untuk menampung kos ini melainkan terpaksa menaikkan yuran pengajian mulai Januari 2013.
Sebagaimana sedia maklum pihak kerajaan telah pun menaikkan7 -13% gaji kakitangan kerajaan baru-baru ini. Kenaikan ini diharap dapat menampung sebahagiannya untuk pendidikan anak-anak. Manakala kakitangan swasta (termasuk Hidayah)juga akan menerima kenaikan dari majikan masing-masing bagi menyelaras kenaikan ini.
Pihak sekolah akan menaikkan yuran bermula Januari 2013 seperti berikut;
Jenis Yuran |
SRIH |
SMIH |
Pengajian |
3,720.00 setahun (310.00 sebulan) |
4,680.00 setahun ( 390.00 sebulan) |
Tahunan |
kekal |
kekal |
Pendaftaran |
kekal |
kekal |
Kemasukan |
kekal |
kekal |
Bagi ibu bapa yang masih mempunyai tunggakan yuran hendaklah menjelaskannya sebelum pendaftaran sesi 2013. Pendaftaran sesi 2013 hanya diterima sekiranya tiada tunggakan yuran.
Pihak sekolah memahami kesulitan yang dihadapi oleh tuan/puan dan keputusan yang sukar ini terpaksa dibuat demi masa depan anak-anak serta kebajikan guru-guru dan staf sekolah kita. Semoga pengorbanan ini sebagai jihad kita dalam pendidikan anak-anak dan kita berdoa agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah sebagai saham kita untuk hari kemudiannanti.
Sekian, jazakumullahu khairan katihra dan terima kasih
MOHD JELANI BIN RAMLY
Ketua Eksekutif