Cuti Sempena Peperiksaan UPSR

Peperiksaan UPSR akan berlangsung pada 11,12 dan 13 September 2012.

 Ruj. Kami : SRIH 20.2/ 12/ 05                                                                                         3 September  2012

 

 

 

Kepada,

Ibubapa/penjaga,

Murid-murid  Tahun 1,2,3, 4,5 dan calon-calon UPSR  (Tahun 6)

 

Assalamu’alaikum, w.r.t

 

CUTI SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR (UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH) TAHUN 6

 

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

Dimaklumkan bahawa peperiksaan  UPSR  akan diadakan seperti berikut :

 

                                Tarikh           : 11 September 2012 (Selasa) hingga  13 September 2012 (Khamis)

                                Tempat        : Dewan Badar, Sek. Ren. Islam Hidayah

 

2.             Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah membuat keputusan untuk memberikan cuti kepada murid-murid Tahun 1,2, 3, 4 dan 5 pada 11 September 2012 hingga 13 September  2012      (3 hari).

 

3.            Cuti ini diberikan kepada murid-murid berikut bertujuan untuk menyediakan suasana yang selesa kepada calon-calon UPSR memandangkan dewan peperiksaan terletak berhampiran kelas tersebut.

 

4.            Pihak sekolah juga turut memberikan cuti pada 14 September 2012 (Jumaat) kepada semua murid tahun 6 yang telah selesai menduduki  peperiksaan mereka. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada semua calon UPSR bagi meraih misi 5A, insyaAllah.

 

5.              Kami memohon maaf atas kesulitan yang mungkin timbul dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

 

Sekian, untuk makluman dan perhatian tuan/puan.

 

“SOLEH, MUSLEH, CEMERLANG”

 

Yang menjalankan amanah,

 

 

(USTAZAH ROHAIDA BT RIDZWAN)

 Guru Besar

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda