Berikut adalah pengumukan pihak pentadbiran Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) berkaitan buku teks pelajar SRIH.
Assalamualaikum…
Para ibu bapa/ penjaga murid- murid SRIH yang dirahmati Allah s.w.t.
Terima kasih di atas sokongan dan keprihatinan tuan/puan berkaitan urusan buku sekolah anak-anak. Moga kerjasama ini terus berkekalan. Insya Allah.
Berikut adalah beberapa perkara untuk makluman tuan/puan:
1. Semua murid sepatutnya telahpun mendapat semua jenis buku tulis yang dibeli.
2. Semua murid sepatutnya telah mendapat buku teks subjek KBSR/KSSR yang dibeli.
3. Semua murid sepatutnya telahpun mendapat buku kerja subjek KBSR/KSSR yang dibeli.
4. Semua murid sepatutnya telah mendapat buku kerja Bahasa Arab yang dibeli.
5. Semua murid sepatutnya telah mendapat buku kerja Al-Quran yang dibeli.
6. Semua murid Tahun 4,5 dan 6 telah mendapat buku kerja TKRS yang dibeli.
7. Semua murid sepatutnya telah mendapat semua buku teks syariah (Akhlak, Aqidah, Fekah, Sirah) , Bahasa Arab dan Tajwid yang dibeli.
8. Semua murid sepatutnya telah mendapat buku teks hafazan yang dibeli.
9. Semua murid Tahun 1 telah/akan menerima buku kerja Feqah, Sirah dan Akhlah pada minggu ini/minggu hadapan – Buku baru tiba.
10. Buku Teks TKRS tahun 4 – Sebahagian murid memang masih belum menerimanya – sebagai alternatif pihak sekolah telah membekalkan buku yang di’fotocopy’ bagi membolehkan murid membuat ulangkaji Ujian 1 dan urusan pembelajaran di kelas. – Buku dijangka sampai pada akhir bulan April.
11. Buku Kerja Akidah tahun 1 hingga tahun 6, Sirah, Feqah, Akhlak tahun 1 – 6memang belum dapat. Pihak pembekal asalnya menjanjikan pada akhir bulan Februari, seterusnya akhir bulan Mac dan terkini pada pertengahan April. Kesulitan ini memang amat dikesali oleh pihak kami dan pastinya pihak tuan/puan.
Sehubungan dengan itu sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan berkaitan urusan buku dan tanda nama, sila berhubung terus dengan pihak SIH NIAGA SDN BHD (pihak yang telah dilantik oleh sekolah bagi urusan Tempahan & Jualan Buku dan peralatan berkaitan) di no telefon0197740426 ( Puan Siti Rahayu Md Yusof)
Rohaida Ridzwan
Timbalan Guru Besar
B/p Guru Besar