Status Terkini Bangunan As Syafie

 

Bangunan As Syafie (3 tingkat-kanan), Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) kini mencapai peringkat akhir pembinaannya. Sebahagian besar ruangnya telah mula digunakan. Beberapa ruang yang lainnya masih diperingkat akhir melengkapkannya.

Bermula sesi persekolahan 4 Jan 2012, bangunan ini sudah mula digunakan.  Bilik guru telah dihuni sepenuhnya oleh kesemua 61 orang guru. Kedai Koperasi SMIH yang telah ditempatkan di ruang legar tingkat bawah telah menjalankan operasinya. Begitu juga 4 kelas yang dikhaskan untuk pelajar SMIH di tingkat 3 telah juga digunakan.

Namun ada beberapa ruang yang masih belum dapat digunakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebahagian besarnya akibat bekalan elektrik TNB yang masih belum dapat disiapkan.  Pihak sekolah bersama TNB akan membina Compact Sub Station berhampiran bangunan ini.  Urusan ini mengambil masa dan dijangka siap pada April 2012. Pihak sekolah telah membuat menyambungkan bekalan elektrik sementara dari bangunan Tahfiz dan Surau yang bersebelahan dengan bangunan As Syafie.

 Suasana Bilik Guru baru untuk SMIH di Bangunan As Syafie yang lebih selesa.

Antara ruang yang belum dapat digunakan ialah Makmal Sains, Bilik Komputer, Bilik Mesyuarat Guru, Bilik Lembaga dan Tandas. Bilik Lembaga kini sedang menjalani penambahbaikan bersesuaian dengan fungsinya tambahannya sebagai bilik menyambut tetamu luar. Tandas pula di peringkat akhir memasang kemasasan tile lantai dan pemasangan paip. Bekalan air juga di peringkat air penyambungan. Bangunan ini dilengkapkan dengan 7,200 liter tangki simpanan air.

Bangunan ini dihubungkan ke Bangunan Tahfiz dan Surau  dengan 2 jambatan keluli bertingkat iaitu di tingkat 2 dan 3.  Kedua-dua jambatan ni sudah siap dibina dan mula digunakan. Di hujung lainnya, bangunan ini juga disambungkan ke Bangunan Keluli 2 tingkat. 

Persekitaran bangunan As Syafie sudah siap diperkemaskan. Semua longkang bangunan ini juga akan ditutup dengan jeriji (grating) besi untuk keselamatan pelajar. Banguna ini akan berfungsi sepenuhnya apabila bekalan elektrik dapat disambungkan sepenuhnya. 

 Melalui kesempatan ini, pihak Sekolah Islam Hidayah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan semua pihak memberi sumbangan dalam berbagai bentuk. Bangunan yang dahulunya hanya satu impian, kini benar-benar tersergam menjadi kenyataan.  Maka beruntunglah mereka yang telah menyumbang. Saham mereka tertanam kemas di Banguna  As Syafie.

  
 Suasana persekitaran Bangunan As Syafie ketika peringkat akhir menyiapkannya, Dec 2012

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda