Pengumuman Rasmi Pusat Pendidikan Hidayah

 

Pengumuman rasmi Pusat Pendidikan Hidayah berkaitan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

1.   Puan Hajjah Kamaliah Noordin (kanan) telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Kurikulum dan Pentaksiran IKRAM-MUSLEH berpusat di Kuala Lumpur.

2.   Sehubungan dengan perkara (1) di atas, Puan Hajjah Kamaliah Noordin akan melepaskan jawatannya sebagai Pengetua, Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).

3.   Lembaga Pemegang Amanah bersama Lembaga Pengelola, Pusat Pendidikan Hidayah telah bersetuju melantik Puah Hajjah Fauziah Ab Salam (kiri) sebagai Pengetua SMIH yang baru.

4.   Pengumuman ini berkuat kuasa mulai 1 April 2011.

5.   PPH dengan ini mengucapkan jutaan terimakasih kepada Puan Hajjah Kamalian Noordin atas jasa cemerlangnya selama 16 tahun menerajui SMIH bermula sejak penubuhannya pada tahun 1995.

6.   PPH juga mengucapkan tahniah kepada Puan Hajjah Fauziah Ab Salam di atas amanah yang diberikan.

Pusat Pendidikan Hidayah

Skudai, Johor

30 Mac 2011 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda