Pendebat SMIH Cemerlang Dalam SPM 2010

 

Keputusan SPM 2010 menunjukkan pendebat Bahasa Melayu Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) cemeralang dalam SPM mereka.  Muhammad Hanif Muhammad Nassir, Nadiyah Syahira binti Nordin dan Ili Syazwani binti Shairi telah mendapat A dalam kesemua 11 mata pelajaran. Sementara Nor Liyana binti Zakaria (tiada dalam gambar) mendapat 10A, 1B.

Pasukan pendebat SMIH ini telah  beberapa kali menjuarai pertandingan debat peringkat nasional. Pada tahun 2009 mereka telah berjaya mengharumkan nama SMIH apabila menjadi johan dalam pertandingan debat antara sekolah-sekolah seluruh Malaysia anjuran Universiti islam Antarabangsa UIA. Pada IIUM Inter-school Debating Championship 2009 itu SMIH telah menjadi juara dalam perdebatan Bahasa Melayu dan naib juara dalam perdebatan Bahasa Inggeris.

Pasukan pendebat BM SMIH sekali menjadi juara dengan mengalahkan KISAS dalam 2nd International Students’ Debate Competition 2010.  Mereka telah menumpaskan pasukan debat yang terkenal kejaguhan dalam sejarah debat tanahair, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Pertandingan telah dianjurkan 8-11 Julai 2010 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Gambar menunjukkan barisan pendebat BM SMIH semasa menjuarai pertandingan Debat MUSLEH 2010. Dari kanan Nor Raihana binti Zakaria (adik kepada Nor Liyana Zakaria), Ili Syazwani binti Shairi, Nadiyah Syahira binti Nordin dan Muhammad Hanif bin Muhammad Nassir.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda