Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu, 26 Feb 2011, pihak Jabatan Tarbiyah SMIH telah berjaya menganjurkan program Rehlah Guru SMIH. Rehlah merupakan salah satu wasilah tarbiyah yang dijalankan di sekolah ini bagi mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan guru-guru. Rehlah ini diadakan di Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini, bermula jam 7.45 hingga 11.30 pagi.

Para guru yang hadir ke program ini, berpeluang untuk lebih saling kenal mengenali melalui aktiviti Taaruf yang dijalankan di samping dapat mewujudkan kasih sayang serta kebersamaan dalam sebuah organisasi yang berteraskan Islam ini. Antara yang menarik juga, para peserta dapat menikmati juadah sarapan yang sangat istimewa iaitu Nasi Dagang yang dimasak oleh guru-guru sendiri dan juga nasi kerabu di samping makanan minuman yang dibawa oleh para guru. Program di akhiri dengan nasyid tema “Teman Sejati”. Jazakumullah khairan kathira pada semua guru yang telah memberikan kerjasama dan komitmen. Semoga program ini dapat menambahkan kehangatan ukhuwah di antara kita semua.

 

Gambar atas: Para ustaz yang hadir

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda