Bermula hari Jumaat lepas (26 Nov 2010) telah
berlangsung Kejohanan Memanah Tertutup Remaja Johor Sirkit 2. Kejohanan yang berlangsung di Mersing ini turut disertai oleh Pasukan Memanah Sekolah Hidayah. Penyertaan Hidayah adalah dalam kategori bawah 16 tahun lelaki individu dan bawah 12 tahun lelaki individu/berpasukan. Pasukan Hidayah telah diuruskan oleh Ustaz Ezaidin dan Ustaz Omar Danial.
Alhamdulillah, pasukan lelaki bawah 12 tahun yang diwakili oleh Muhammad Imran Ahmad Hisham (tahun 6), Abdullah Marwan Md Khair (tahun 5) dan Muhammad Ariff Haikal Ezaidin (tahun 4) telah mengharumkan nama Hidayah dengan pencapaian cemerlang mereka. Untuk rekod, ketiga-tiga mereka adalah wakil Daerah Johor Bahru ke MSSJ yang berlangsung pada pertengahan tahun 2010 di Kolej Matrikulasi Johor. Untuk rekod juga, adik Abdullah Marwan Md Khir adalah pemanah Negeri Johor ke MSSM setelah beliau memenangi Perak ketika MSSJ.
Walaupun kekurangan latihan kerana kesibukan, adik2 bawah 12 tahun telah menunjukkan semangat yang tinggi. Hasilnya mereka mendapat kejayaan seperti berikut;
1. Individu (berdasarkan mata terkumpul) – Muhammad Ariff Haikal Ezaidin (Naib Johan), Muhammad Imran Ahmad Hisham (keempat)
2. Individu Olimpik (perlawanan satu lawan satu secara kalah mati) – Muhammad Ariff Haikal Ezaidin (Naib Johan), Abdullah Marwan Md Khair (ketiga), Muhammad Imran Ahmad Hisham (keempat)
3. Bepasukan Olimpik – Sekolah Islam Hidayah (Naib Johan)
Didalam acara individu dan individu olimpik, adik Muhammad Ariff Haikal (10 tahun) telah tewas kepada adik Goh Jin Yu dari Kelab Memanah GJ yang berpangkalan di Pasir Gudang. Adik Goh Jin Yu adalah pemanah Negeri Johor dalam kejohanan MSSM dan telah memenangi pingat untuk Negeri Johor.