Kepulangan Wira Negara

  

Alhamdulillah, kita bersama-sama bersyukur kepada Allah swt, atas kepulangan 12 orang Wira Negara yang telah membuktikan keberaniannya menghantar missi bantuan kepada penduduk Gaza, Palestine. Walaupun gagal menyampaikan bantuan yang dibawa kepada rakyat Gaza, kerana diserang Israel dalam kapal Mavi Marmara, namun mereka telah berjaya membuka mata dunia tentang kekejaman Israel. 

Di antara 12 ahli rombongan Malaysia itu adalah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, pengerusi Aqsa Syarif. Ustaz Hasanuddin telah banyak membantu Sekolah Islam Hidayah samada rendah mahupun menengah.  Banyak sumbangan diberikan dalam bentuk kursus-kursus motivasi kepada guru, pelajar dan kakitangan.

Setiap tahun, kecuali tahun 2010, Ustaz Hasanuddin sentiasa memberikan slot motivasi utama dalam Mukayyam Tingkatan 5. Dalam slot tersebut, beliau sentiasa memberi semangat kepada pelajar, bagaimana berperanan dalam hidup seorang Muslim.  Pelajar-pelajar sentiasa diajak untuk sentiasa cemerlang dan menyumbang kepada kemenangan Islam di muka bumi.  

Untuk makluman, Ust Hasanuddin adalah pakar motivasi yang banyak mengendalikan ceramah kepada syarikat korporat di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. 

 Kini Ust Hasanuddin menerajui Aqsa Syarif, sebuah NGO yang ditubuhkan kira-kira 3 bulan yang lepas, khas untuk membantu rakyat Palestine.  Berita semasa Aqsa Syarif boleh diikuti melalui facebook Aqsa Syarif.  Semoga semua rakyat Malaysia, terutamanya warga Hidayah, akan mengikuti jejak langkah baik yang telah diterokai Ustaz Hasanuddin.

 Warga Hidayah mengucapkan tahniah atas kejayaan Ustaz Hasanuddin bersama misi Life Line For Gaza.  Ustaz adalah model yang baik untuk anak-anak Hidayah.     

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda