Projek Hidayah Baru Selesai

Bangunan As-Syafie, Sekolah Menengah Islam Hidayah
Bangunan ini (tengah) mula dibina pada  1 Sept 2010. Siap dan mula digunakan pada Januari 2012. Menempatkan Bilik Guru SMIH, Bilik Mesyuarat Guru, Makmal Komputer SMIH, Pejabat Pengetua SMIH, Koop SMIH, Makmal Sains, 4 bilik darjah, Bilik Lembaga, Tangki Simpanan Air sebanyak 12,000 liter dan Ruang Legar. Menelan belanja pembinaan sebanyak RM 1.3 juta. Terima kasih kepada semua dermawan. Semoga Allah memberi keberkatan hidup dunia dan akhirat kepada semua yang terlibat menjayakan pembinaannya.


Berikut adalah kempen kutipan derma yang telah dimula kan sejak 26 April 2010.

Sekolah Islam Hidayah dalam proses mengutip dana untuk menampung kos pembinaan projek terbarunya. Projek ini terdiri dari 2 blok bangunan 3 tingkat berstruktur konkrit. Proses pembinaan Blok pertama sudah berjalan dan dianggarkan menelan belanja RM 800,000.  Projek kedua akan dimulakan tahun berikutnya dan dijangka menelan belanja RM 1 juta. 

Blok pertama adalah menaik taraf bangunan kayu lama As Syafie kepada bangunan struktur konkrit 3 tingkat.  Siapnya bangunan ini akan menyediakan bengkel pertukangan, perpustakaan SMIH, Bilik Lembaga, bilik darjah, bilik guru, makmal bahasa, koop sekolah, bilik air dan lain-lain.  Anggaran kos RM 800,000.00.  Jawatankuasa Dana Hidayah telah melancarkan kutipan derma.  Proses pembinaan Blok pertama terbahagi kepada 2 fasa.

Fasa 1 projek telah pun dimulakan pada 1 Sept 2010 dengan kerja merobohkan bangunan lama As Syafie.  Proses merobohkan bangunan tersebut boleh dilihat di Berakhirnya Sebuah Legenda.  Kerja Fasa 1 telah selesai.
 
Kerja Fasa 2 dijangkan dimulakan pada awal Oktober 2010.  Fasa 2 melibatkan kerja pembinaan bangunan 3 tingkat struktur konkrit.  dijangka akan dimulakan pada akhir sessi persekolahan 2010.  Ia dijangka siap dan mula digunakan pada sessi persekolahan tahun 2011. 
 
Orang ramai amat dialu-alukan untuk sama-sama menyumbang pembinaan bangunan ini.  Salurkan sumbangan anda ke DANA HIDAYAH 551306500918 (MayBank). Anda juga boleh menghubungi Prof Madya Dr Kamarul Bahrin Tawi di talian 019 775 7328.
 
Maklumat lanjut dan perkembangan semasa projek boleh diikuti di web Dana Hidayah dan juga facebook Sekolah Islam Hidayah.
 
Gambaran bangunan Blok pertama bangunan As Syafie adalah seperti berikut
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda