Pasukan Bola Sepak L18 SMIH: JUARA MSSD!

Tahniah dan syabas! buat semua pemain pasukan Bola Sepak L18 SMIH yang berjaya bergelar JUARA dalam Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun, peringkat MSSD Johor Bahru 2010. Tahniah juga buat pengurus pasukan, jurulatih dan semua pihak yang terlibat dalam pasukan bola sepak ini.

Alhamdulillah, kejuaraan yang berjaya diraih adalah anugerah daripada Allah SWT dan berkat usaha yang bersungguh-sungguh semua ahli pasukan. Terima kasih juga atas segala doa guru-guru dan ibu bapa yang tidak jemu mendoakan kejayaan pasukan ini. Semoga kemenangan ini akan melonjakkan lagi semangat untuk cemerlang dalam semua bidang.

Peringkat Kumpulan Menang 2 : 0 Sek.Men.Desa Skudai  , Kalah 1 : 2 Sek.Men.Sri Rahmat

Pusingan kedua Menang 1 : 0 Sek.Men.Tasek Utara 1(Jaringan Amirul Akhif)

Suku Akhir Menang 1 : 0 Sek.Men.Dato Abd Rahman Yassin (Jaringan Amirul Akhif)

Separuh Akhir Menang 1 : 0 Sek.Men.Sri Perling (Jaringan Amirul Akhif)

 Akhir Menang 2 : 0 Sek.Men.Teknik Johor Bahru (Jaringan Amirul Akhif dan Anas Abd Jalill)

Salah seorang pemain SMIH, Saudara Anas b Abdul Jalil, telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan peringkat akhir dalam pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun. Tahniah, Anas!

Pingat emas yang dimenangi oleh pasukan Bola Sepak L18 SMIH

Para pemain pasukan Bola Sepak SMIH sujud syukur setelah berjaya meraih JUARA! ALHAMDULILLAH! ALLAHUAKBAR!

Wajah-wajah yang telah bersama berganding bahu merebut kejuaraan dalam pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun 2010. Syabas! Jazakakumullah Khairan Kathira!

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda