Sukan tahunan SRIH menutup tirai

 

 Gelagat Juara! Rumah Kuning johan keseluruhan..

 

 

 “Orang kuat” di sebalik kemenangan rumah kuning.

 

 

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan temasya sukan tahunan SRIH kali ke – 22 sama ada secara langsung atau pun tidak. Begitu juga kepada yang telah memberikan sumbangan dalam seperti Alumni ( Sabiq dan Thoriq Khairuddin sebagai cameraman ), Dr Sukimi ( Ubat – ubatan ), JA Tent ( Khemah peserta ), juga kepada kepada semua individu atau pun syarikat yang memberikan sumbangan berbentuk wang dan sebagainya… Mudah – mudahan Allah jua yang akan melimpahkan rahmat dan inayah-Nya.

 

 Rumah biru.. walaupun mendapat tempat ke – 4 dalam kedudukan keseluruhan, tetapi berjaya menggondol piala kemenangan dalam kategori perbarisan terbaik.. Masya-Allah, betapa adilnya Allah SWT.

  Eh .. eh.. tu ada budak melintas kata atas balapan tu!.. Tu le agaknya yang diucapkan oleh Pengerusi PIBG SRIH, Dr Mohd Zain Kandar yang turun turun padang memberikan sokongan kepada peserta sambil menunjukkan sesuatu ke tengah padang… Dalam masa yg sama, cuba perhatikan, dalam gambar menunjukkan ada tilam lompat tinggi didirikan di belakang garisan penamat larian.. Ini menunjukkan betapa lajunya larian para peserta menyebabkan pihak penganjur terpaksa menggunakan alternatif ini untuk menghentikan larian mereka… 

 Tepi, nak tunjuk skill cantik punya ni!.. hehe.. gaya kaum ibu dan guru – guru perempuan yang turut sama mengambil bahagian dalam acara PIBG dalam permainan golf kampung

 Lain macam je.. nilah gaya tersendiri yang ditunjukkan oleh Ustaz Yazid yang sedang mengacarakan majlis sepanjang temasya sukan ini… DJ bergerak.. bagus, tahun depan jadi DJ tetap ye… siap ada tukang urut tu.. 

  Bagi ustaz2 dan kaum bapa, mereka menyertai acara tenung bola takraw, bukan sepak raga tau… tak caya, cuba perhatikan semua orang di sekeliling tu betul – betul
 
 Nun di bawah khemah VVIP sana, perasmi Dr Kamarul Bahrin b. Tawi juga nampaknya turut menyertai acara khas ( limited for only 2 person ) bersama Ustaz Jelani.. acara makan paling banyak..tengok atas mejanya tu . hehe
 
 

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda