Prosedur Pengambilan Pelajar Baru Sekolah Menengah Islam Hidayah
Tingkatan Satu.
1. Permohonan secara “On Line” mulai bulan Julai hingga 3 hari selepas keputusan UPSR dikeluarkan.
2. Syarat untuk dipanggil temuduga mestilah mencukupi 17 mata agregad.( A=4/B=3/C=2/D=1) bagi pelajar luar, manakala bagi pelajar SRIH/Rangkaian sekurang-kurangnya 15 mata agregad.
3. Pelajar akan menjalani:
– Ujian Lisan
– Ujian Bertulis
– Ujian Quran
– Sesi temuduga
4. Semua ibubapa yang memohon akan diwajibkan menghadiri seminar keibubapaan yang akan ditetapkan oleh pihak sekolah.
5. Ibubapa yang pertama kali memasukkan anaknya ke SMIH, juga wajib ditemuduga.
6. Rayuan boleh dibuat kepada Pihak Lembaga( Pengerusi) sekiranya permohonan tidak berjaya.
7. Ibubapa yang merayu seperti kes di atas dikehendaki hadir temuduga bersama pihak Lembaga Sekolah.
8. Pelajar Luar Negara, boleh ditemuduga melalui telefon atau datang terus ke sekolah.
– Ujian Quran
– Temuduga
Tingkatan Dua.
1) Kemasukkan pelajar Tingkatan 2 hanya dibuka sekiranya ada kekosongan.
2) Permohonan dibuat secara “ On Line” atau manual hendaklah disertai:
1- Salinan Keputusan Akhir Tahun / Tahun Semasa.
2- Salinan Sijil-sijil
3- Salinan Surat Beranak / Kad Pengenalan
4- Gambar 6 keping(3 Buku KoQ/ Kad 001/Borang kemasukan/Kad perpustakaan)
5- Kerja kursus PBS ( Kemahiran Hidup/Peka Sains/Ujian Lisan BI @ BM/Pafa)
6- Surat Akuan Akhlak.
3) Calon akan di panggil Temuduga Lisan, Ujian Bertulis. Ujian Quran.
4) Untuk memastikan pelajar yang mohon benar-benar tiada masalah disiplin, sekolah terdahulu akan dihubungi untuk mendapatkan maklumat yang benar dan jelas.
5) Ibubapa yang pertama kali memasukkan anaknya ke SMIH, wajib ditemuduga.
Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima.
– Tiada pengambilan.
Tingkatan Empat.
1. Syarat kemasukan bagi Pelajar SMIH mesti lulus semua matapelajaran.
2. Pelajar Luar sekurang-kurangnya MENDAPAT 6A serta lulus semua matapelajaran.
3. Bagi pelajar SMIH, Kemasukan ke tingkatan 4 tidak berlaku secara “ automatik”, semua pelajar diwajibkan menghadiri temuduga lisan terutama pelajar yang terlibat dengan kes disiplin.
4. Surat tawaran akan diberikan kepada calon yang berjaya selepas temuduga.
5. Rayuan boleh dibuat kepada Ketua Eksekutif / Pengerusi LPH sekiranya tidak mendapat surat tawaran.
6. Ibubapa yang pertama kali memasukkan anaknya ke SMIH, juga wajib ditemuduga.
7. Pelajar dari SMIH yang keluar (tidak meneruskan pembelajaran di SMIH selepas keputusan PMR) dalam tempoh agak lama tetapi mohon masuk semula diwajibkan melalui prosidur kemasukan seperti pelajar luar.
• Kategori pelajar yang tidak layak untuk diterima masuk:
1. Pelajar dari sekolah yang tidak melaksanakan silibus arus perdana (KSSM) seperti sekolah tahfiz sepenuh masa (tertakluk kepada budi bicara).
2. Pelajar dari SRIH yang keluar dengan alasan mencari sekolah yang lebih baik. ( Budi bicara)
3. Tiada asas BA dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.