Permohonan kemasukan pelajar tahun 1 Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) kebiasaannya dibuka pada bulan Mei setiap tahun untuk kemasukan tahun pengajian berikutnya.
Anda boleh mendaftar secara online. Selepas itu, pihak sekolah akan menghubungi anda.
Berikut adalah proses seterusnya yang perlu difahami oleh ibu bapa yang memohon.
Terdapat 3 perkara utama yang perlu difahami oleh ibu bapa calun pelajar iaitu:
- seminar,
- ujian pelajar dan
- sesi temuduga.
Proses penyaringan ini dilakukan disebabkan bilangan permohonan yang melebihi tempat yang terhadap.
Hanya 180 orang pelajar tahun 1 sahaja boleh diterima masuk ke SRIH setiap tahun.
Seminar Pendidikan Untuk Ibu Bapa |
|
|
|
Seminar ini dikhususkan kepada ibubapa bakal pelajar tahun 1 Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). Ia biasanya dianjurkan pada bulan September atau Oktober.
Untuk Tahun 2012
Tarikh |
29 September 2012 (Sabtu) |
Masa |
8.30 pagi hingga 11.30 pagi |
Tempat |
Dewan Badar, SRIH |
Semua ibu bapa yang memohon untuk mendaftarkan anak mereka ke tahun 1 SRIH akan diwajibkan menghadiri seminar ini. SRIH akan menghantar surat jemputan kepada semua ibubapa bakal tahun 1 untuk menghadiri seminar ini.
Sebagaimana amalan biasa, kehadiran ibu bapa dalam seminar ini akan diambil kira dalam menyaring pelajar tahun 1 yang akan diterima masuk ke SRIH.
|
Temuduga Ibu bapa & ujian pelajar |
|
Calun-calun pelajar tahun 1 Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) yang telah memohon mendaftar akan dikehendaki menduduki ujian. Markah akan diberikan kepada calun mengikut prestasi menjawap soalan.
Untuk Tahun 2012
Tarikh |
13 Oktober 2012 |
Masa |
8.30 pagi hingga 11.30 pagi |
Tempat |
Dewan Badar, SRIH |
Ketika pelajar menjalani ujian, ibu bapa mereka akan menjalani sesi interview. Markah juga akan diberikan semasa temuduga ini.
Markah saringan berjaya atau gagalnya permohonan akan diambilkira berdasarkan markah:
- ujian calun,
- sesi temuduga ibu bapa dan
- markah kehadiran ibu bapa dalam seminar
|
|
Kejayaan permohonan pelajar untuk masuk ke tahun 1 SRIH bergantung kepada jumlah markah:
Seminar ibu bapa,
Ujian pelajar,
sesi temuduga ibu bapa
Ibu bapa calun akan diwajibkan menghadiri seminar pendidikan anjuran SRIH
Pelajarakan dikehendaki menduduki ujian
Ibu bapa pelajar pula akan menjalani sesi temuduga
Setiap perkara di atas akan diberikan markah.
Hanya pelajar yang berjaya mengumpul markah yang ditetapkan sahaja akan diterima masuk ke tahun 1 SRIH
Sila rujuk Kalender Aktiviti untuk maklumat terkini seminar, ujian dan sesi temuduga
|