Sample image14 Jun 2009 (Ahad):  Dewan serbaguna Sekolah Islam Hidayah kini dilengkapi dengan kemudahan sistem hawa dingin.

Dewan ini yang lebih dikenali dengan pangilan Dewan Al-Qadisiah terletak di tingkat tiga bangunan Kompleks Surau dan Tahfiz.  Sistem hawa dingin di dewan ini mula beroperasi sepenuhnya pada hari ini.

 Kompleks Surau dan Tahfiz siap dibina dan mula digunakan pada awal tahun 2007.  Ia dibina dengan kos RM 800,000.00.  Keseluruhan kos ini adalah sumbangan orang ramai. Semasa pembinaannya, hawa dingin tidak menjadi keutamaan.

Penyediaan sistem hawa dingin di Dewan Al-Qadisiah mula diusahakan apabila mendapat cadangan dari pihak yang sanggup menyumbang kos penyediaannya.  

Proses penyediaan sistem hawa dingin di dewan ini melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian tingkap.  Tingkap lama jenis louvred windows terpaksa digantikan dengan jenis casement windows.

Penyediaan sistem hawa dingin ini menelan belanja kira-kira RM 36,000.00.  Sebanyak RM 30,000.00 dari kos tersebut adalah dari sumbangan dan selebihnya dari dana tabung pembangunan.

Pengerusi Board of Trustee (BOT) Prof Dr Azlan Ab Rahman ketika memeriksa keberkesanan sistem hawa dingin ini melahirkan rasa kesyukuran dan setinggi-tinggi terimakasih kepada semua pihak yang menyumbang.

Kompleks Surau dan Tahfiz adalah bangunan besar yang ke dua dibina di Sekolah Islam Hidayah.  Bangunan tiga tingkat ini menempatkan operasi SMIH, surau, kantin dan dewan serbaguna.

Bangunan yang pertama dibina di Sekolah Islam Hidayah ialah Bangunan Amanah. Pembinaannya menelan belanja RM 1.6 juta.   Ia mula digunakan pada tahun 2002.  Keseluruhan bangunan ini pula menempatkan operasi SRIH.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda