Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru-guru SRIH & SMIH.  Sesungguhnya pengorbanan anda amat dirasai bukan sahaja oleh anak-anak Hidayah, malah juga ibu-bapa dan seluruh warga Hidayah.  Anda merupakan teras kepada kejayaan kita merialisasikan missi mejana ummah yang soleh lagi musleh.

Selayaknnya anda jugalah yang sepatutnya menikmati kemanisan melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh SRIH dan SMIH.  Semoga Allah sentiasa memelihara kita dan menjadikan amalan kita sebagai amal soleh yang diredhainya.

Sehubungan dengan itu Sekolah Islam Hidayah telah mengadakan majlis sambutan hari guru di Dewan Badar, Bangunan Amanah, SRIH pada hari Isnin, 18 Mei 2009, bermula jam 2.30 petang.  Pelajar-pelajar pula akan meraikan guru-guru pada sesi pagi hari yang sama.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pihat BOT, LPH, PIBG dan semua kakitangan samada guru-guru dan kakitangan sokongan.  Majlis dimulakan dengan perutusan Musleh yang dibacakan oleh Prof Dr Norazlan (Pengerusi LPH).  Ia diikuti dengan persembahan dari guru-guru dan diakhiri degan sesi penyampaian hadiah.  Setelah majlis selesai, semua kakitangan telah bersama menikmati jamuan.

Berikut koleksi gambar-gambar majlis tersebut.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda