Sambutan Kepulangan Wira Hidayah

 30 April 2009

Pasukan pendebat-pendebat cemerlang SMIH berserta rombongan, yang diketuai oleh Pengetua, telah disambut penuh meriah setibanya di Sekolah Islam Hidayah.  Rombongan yang sampai di sekolah sekitar jam 11.30 malam, disambut dengan paluan kompang dan jambak-jambak bunga berwarna warni di pintu masuk sekolah.

 

Antara warga Hidayah yang turut serta termasuklah pimpinan Board of Trustee (BOT), Lembaga Pengelola (LPH), PIBG SRIH dan SMIH, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar dan sanak saudara.  Ramai dikalangan warga Hidayah telah menunggu kepulangan mereka seawal 10 malam. 

Setibanya mereka kira-kira 11.30 malam, mereka disambut dengan laungan takbir, paluan kompang dan nasyid dari kumpulan nasyid SMIH, Najahan.  

Suasa kegembiraan begitu terasa sekali.  Masing-masing pendebat, Pengetua, guru pengiring, jurulatih debat dan semua ahli rombongan tidak putus-putus mendapat ucapan tahniah dari semua hadirin yang mampu mengucapkannya di majlis tersebut.  Jambangan bunga juga silih berganti tangan tanda kegembiraan dan tahniah.

 

  

Semalam (29 April 2009), pendebat SMIH telah dinobatkan sebagai Johan dalam debat Bahasa Melayu dan Naib Johan dalam “The 8th Interschool Debating Championship 2009”. Perdebatan antara sekolah-sekolah ternama ini berlangsung di UIA Gombak.  Kejayaan seumpama ini merupakan pertama kali dalam sejarah 8 tahun penganjuran debat UIA.  

Pada tahun 2005 sekolah ternama Malay College of Kuala Kangsar (MCKK) pernah mencapai kejayaan di mana kedua-dua  kumpulan pendebat BM dan BI mereka sampai ke peringkat akhir, namun kedua-duanya berakhir dengan hanya mendapat naib johan.

 Debat UIA adalah antara acara debat tahunan yang berprestij.  Banyak sekolah-sekolah seluruh Malaysia, tanpa mengira latarbelakang, akan menghantar kumpulan pendebat mereka.  Debat UIA boleh dikatakan gelangang terbaik untuk setiap sekolah menguji kehebatan pasukan debat masing-masing. 

Hampir semua pasukan pendebat tersohor dari sekolah berasrama penuh ternama menyertai pertandingan ini termasuklah KISAS (dulu KIK), MCKK, TKC, RMC, STAR, STF, SDAR dan MRSM.  Bagi sekolah biasa tidak ternama, di sini merupakan gelangang terbaik mereka untuk menguji kehebatan pasukan mereka.

Pertandingan debat antara sekolah seumpama ini pernah terkenal di era 70an dan 80an dahulu yang lebih dikenali dengan debat Piala Perdana Menteri (PPM).  Namun PPM terhad penyertaannya hanya kepada sekolah berasrama penuh sahaja.  

Puan Pengetua SMIH mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas kejayaan berganda ini dan mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat samada nyata atau tersembunyi.

Dalam perkembangan berkaitan, SMIH pula akan menganjurkan debat peringkat antarabangsa yang dijadualkan akan berlangsung pada Julai 2009.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda