Bengkel Debat Guru-Guru MUSLEH

MUSLEH akan menganjurkan satu bengkel debat bertempat di pejabat MUSLEH, Kuala Lumpur. Bengkel sehari ini ditujukan khusus kepada guru-guru rangkaian sekolah MUSLEH yang terlibat dengan pasukan debat sekolah masing-masing.

Bengkel debat ini akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Ingeris. 

Alumni Sekolah Islam Hidayah telah diberi kepercayaan oleh MUSLEH untuk menjadi fasilitator kepada bengkel debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mereka adalah bekas pendebat-pendebat Sekolah Menengah Islam Hidayah.  Bengkel debat Bahasa Arab pula akan menggunakan khidmat fasilitator dari pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Fasilitator bengkel Debat Bahasa Melayu terdiri dari Daeng Ahmad Saifullah bin Ahmad Termizi, Auzan Hasanuddin bin Sazali, dan Nur Syazwani binti Md Nasir.

Bengkel Debat Bahasa Inggeris pula akan dikendalikan oleh fasilitator Azlan Shah bin Nabees Khan, Nur Jannah binti Mohd Radzi dan Muhammad Saiful Islam bin Ahmadon.

Adalah difahamkan bengkel ini dianjurkan sebagai persiapan setiap sekolah rangkaian MUSLEH untuk menyertai pertandingan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH 2009.  Pertandingan ini dijangka diadakan di Kuala Lumpur pada 9-12 Julai 2009.  Antara negara yang akan menyertai pertandingan debat ini ialah Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan Malaysia selaku tuan rumah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda