Alumni SMIH Mengharumkan nama UM

Bekas pelajar Sekolah Islam Hidayah yang juga bekas pendebat Bahasa Inggeris SMIH, Muhammad Saiful Islam, telah mengharumkan nama Universiti Malaya (UM) apabila berjaya merangkul naib johan dalam Pertandingan Debat Di Raja 2009 kategori Bahasa Inggeris.  Pertandingan debat antara IPTA seluruh Malaysia itu telah diadakan di UM pada 3-8 Dec 2009. Dua kategori pertandingan debat diadakan iaitu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Muhammad Saiful Islam bin Ahmadon (SPM 2007) kini berada di tahun satu UM mengikuti kursus Mathematic Actuary and Finance bermula sessi 2009/2010.

Sebelum mara ke peringkat akhir, pasukan UM yang terdiri dari 4 orang pendebat telah megalahkan dua kumpulan pendebat UIA, masing-masing di peringkat suku akhir dan separuh akhir.  Di pertandingan akhir, pasukan UM telah dikalahkan oleh pendebat UiTM.

Sebelum ini beliau juga telah dinobat sebagai best speaker dalam debat Bahasa Inggeris antara kolej mahasiswa Universiti Malaya. Semasa pertandingan tersebut beliau telah mewakili Kolej Mahasiswa Ke 10 ke pertandingan debat Bahasa Inggeris antara kolej mahasiswa UM.  Pertandingan tersebut dianjurkan sempena program minggu haluan siswa.  Dengan pencapaian tersebut, beliau telah diserapkan ke dalam kumpulan pendebat bahasa Inggeris UM untuk persiapan debat peringkat antarabangsa.

Pada November 2009, beliau telah mewakili UM dalam perdebatan antara universiti ASEAN di Bangkok.

Walaupun telah meninggalkan SMIH, beliau masih aktif melatih pendebat-pendebat SMIH.  Di samping itu, beliau juga turut dijemput untuk melatih pendebat-pendebat sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Dalam pertandingan debat yang sama, seorang lagi alumni SMIH, Talhah Ajmain (SPM2007), telah juga mewakili UM dalam kategori bahasa Melayu.

Sebelum ini, seorang  Alumni SMIH, Mohd Faiz bin Arshad, pernah cemerlang di arena perdebatan antara bangsa.  Beliau yang mengikuti kursus Mass Com di UiTM Shah Alam telah mewakili UiTM dalam beberapa siri perdebatan Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.  Beberapa kejayaan cemerlang juga telah diperlolehi.  Mohd Faiz telah lulus dari UiTM dan kini bekerja sebagai eksekutif di Khazanah Holdings.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda