๐
Tarikh: 21 Jun 2025
๐ Tempat: Impiana Hotel, Senai
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran pelaksanaan Majlis Makan Malam โNexusโs Night of Graceโ bagi Batch Nexus 26, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh tertib dan harmoni ini diadakan sebagai tanda penghargaan buat seluruh pelajar Tingkatan 5 dan guru-guru atas komitmen tinggi mereka sepanjang sesi akademik, sesi tarbiah dan pengisian serta program yang menarik dan terbaik daripada sekolah.
Pelbagai pengisian menarik telah memeriahkan majlis, antaranya:
๐ค Ucapan pembukaan
๐ฅ Tayangan video montaj
๐ญ Persembahan pelajar
๐ Cabutan bertuah
๐ Penyampaian anugerah
๐ธ Sesi fotografi
Objektif majlis ini adalah bertujuan untuk menghargai usaha gigih para pelajar dan guru selepas menamatkan SPM 2024 disamping
mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Batch Nexus 26.
Ini juga memberi ruang kepada pelajar untuk meraih pengalaman sosial yang positif dalam suasana formal dan beradab serta dapat mencipta memori indah yang akan terpahat dalam lipatan sejarah Batch Nexus 26.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:
๐๏ธ Danial Hakim Bin Sapari dan Nurhusnina Adlina selaku Pengarah Program
๐ง๐ปโ๐ซ Para GURU , IBU BAPA dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Semoga Nexusโs Night of Grace menjadi pemangkin semangat menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Disediakan oleh : Muhammad Umair Irsyad Bin Zulkhairul
Nexus26
NightOfGrace
SMIHJB
MalamApresiasi
KenanganTerindah
SPM2024








