PPH: Lawatan YB Mazlan Bujang ke Pusat Pendidikan Hidayah

0
227

Selasa, 29 September 2020: Pusat Pendidikan Hidayah Berhad telah menerima lawatan dari Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor; YB Tuan Hj Mazlan bin Bujang, Ketua Armada Bahagian Tebrau; En Mustaqim bin Yusof, Pegawai Khas Exco; En Adam bin Ibrahim, Ketua Penerangan Bahagian Tebrau; En Mohd Rahim bin Amatermin, Pegawai Khas Adun Putri Wangsa; En Suhaimi bin Subuh beserta Ketua Kampung Baru Seri Aman dan rangkaiannya ; En Zamawi bin Gatot.

Turut serta Pengerusi Lembaga LPH; Hj Hassan bin Hushin, Ketua Eksekutif PPH; Ust Mohd Jelani bin Ramly, Pengerusi PIBG SMIHJB; Dr. Hj Wan Ibrisam Fikry bin Wan Ismail, Pengerusi PIBG SRIHJB; Dr. Abdul Rahman Tamuri dan Pengetua Guru Besar Hidayah JB.

YB disambut dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang SMIHJB  dan seterusnya berkumpul di dataran hidayah untuk melihat gimik persembahan kawad kaki daripada pasukan KRS SMIH. Lawatan diteruskan dengan penyerahan bendera Malaysia kepada pelajar SRIHJB dan SMIHJB dan terus bergambar dan bermesra dengan pelajar.

Seterusnya, YB beserta VIP disajikan dengan persembahan nasyid yang bersemangat dan merdu oleh kumpulan nasyid SMIHJB iaitu Najahan.
Selesai persembahan tersebut, pengerusi majlis menjemput YB untuk menyampaikan ucapan kepada semua yang hadir.

YB sangat kagum dengan perkembangan sekolah Islam yang menghayati budaya dan kesenian melalui musik seperti penggunaan kompang dan alat musik yang lain. Beliau turut berbangga dengan Hidayah JB kerana membentuk pelajar yang holistik dari segi kurikulum dan juga kokurikulum. YB terus mengumumkan berita gembira buat SRIHJB, pasukan kompang dan juga Najahan iaitu pemberian peruntukan sebanyak RM 10,000 bagi menambahbaik peralatan perkusi sedia ada.

Selesai ucapan tersebut, YB berkesempatan untuk bergambar bersama pihak pengurusan PPH.

Seterusnya, YB beserta VIP yang lain dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi bersama pihak pengurusan PPH termasuklah PIBG sekolah.
Sesi ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah dan seterusnya YB Mazlan bersembang mesra dan mendengar dengan tekun luahan PIBG SRIHJB dan SMIHJB berkenaan penambahbaikan sekolah yang diperlukan. YB sambut segala persoalan dan permasalahan dengan baik.

Setelah selesai sesi ini, PPH memberikan sedikit cenderahati kepada YB dan disajikan dengan jamuan makan. Selesai sahaja jamuan makan tersebut, YB beserta exco dan pegawai khas yang lain bersurai.

Pihak pengurusan PPH mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak YB Mazlan, exco, pegawai khas dan juga ketua kampung yang turut hadir pada lawatan ini.

Moga lawatan ini di berkati dan diredhai olehNya.

In sha Allah.