SMIHJB : Pelancaran “Program Remembrance of Ummah” (ROUMMAH) Tahun 2020

SMIHJB| Pada 15 September 2020, pihak Unit Majlis Perwakilan Pelajar, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah melancarkan Program Remembrance of Ummah (ROUMMAH) yang diadakan pada setiap tahun dengan kerjasama daripada pihak MyCARE. Majlis pelancaran ini telah berlangsung dengan jayanya sebanyak dua sesi yang bertempat di Dewan Tabuk dan Dewan Qadisiyah selaras dengan keadaan Pandemik Covid-19 serta mengambil kira faktor penjarakan sosial antara murid.
    Program Roummah pada tahun ini bertemakan ‘You Feel,I Feel’ dengan
membawa objektif yang sangat besar iaitu memupuk kesedaran tentang isu
ummah, membina sifat prihatin terhadap masalah ummah dan
berkemampuan untuk menyumbang hasil daripada kesedaran dan
keprihatinan berkaitan ummah dalam diri warga hidayah.
    Sesi pertama majlis pelancaran Roummah melibatkan pelajar tingkatan dua dan pelajar tingkatan empat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi
Lembaga Pengelola Hidayah, Encik Haji Hassan bin Hushin dengan ucapan
yang sangat terkesan berkaitan ummah serta menandatangani bunting
pelancaran program.
    Bagi sesi kedua pula melibatkan pelajar tingkatan satu dan tingkatan lima di Dewan Tabuk yang telah dirasmikan oleh Pengetua SMIH, Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan. Manakala bagi pelajar tingkatan tiga, pelancaran Roummah bertempat di Dewan Qadisiyah serta dirasmikan oleh PK Kokurikulum, Ustaz Ezaidin bin Norman.
    Majlis Pelancaran Roummah ini bermula dengan tayangan montaj hasil
nukilan AJK Multimedia Roummah kemudian disusuli dengan ucapan
perasmian serta gimik pelancaran tabung dan diakhiri dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Najahan SMIH. Terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah, Pengetua, barisan PK, guru-guru penasihat, para guru, barisan AJK Roummah tahun 2020, para murid dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pelancaran Roummah pada tahun ini.
Semoga program Roummah yang dijalankan dapat mencapai objektif
disamping sasaran kutipan program Roummah sebanyak RM5000 hasil
sumbangan daripada pihak murid, ibu bapa dan seluruh warga hidayah.
Semoga Allah berkati segala usaha, memudahkan segala urusan dan
meluaskan rezeki hamba-hambaNya. Ameen.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda