SRIHJB:Majlis Ilmu Guru SRIH

Alhamdulillah Program Majlis Ilmu Guru telah dapat dilaksanakan pada Sabtu 8 Ogos 2020 jam 9.00 – 10.30 pagi.

Pengisian bertajuk “Iktibar Covid-19” telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahim bin Sahlan,Pegawai Agama KULIM(M)Bhd.

Program ini dijalankan dengan menggunakan medium google meet melibatkan seramai 78 peserta manakala 9 orang guru telah mengikuti secara langsung bersama penceramah di Dewan Mesyuarat Hudaibiyah.

Semoga pengisian yang diperolehi daripada program ini dapat meluaskan ufuk pemikiran guru-guru dalam melihat ujian Covid-19 ini secara positif dalam kerangka keimanan terhadap Allah swt.

Laporan disediakan oleh,
Wan Rudzina Wan Mansor
Pengurus Tarbiah Guru dan Staf SRIH.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda