SMIHJB : “TAUBAT” MENJADI PILIHAN TAJUK MABIT ONLINE ZENITH22

SMIHJB| “TAUBAT” MENJADI PILIHAN TAJUK MABIT ONLINE ZENITH22

Alhamdulillah, Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program Mabit Tingkatan 5 pada hari Khamis 6 Ogos mulai pukul 5.30 petang hingga 11.00 malam secara maya.

Program ini telah disertai oleh 131 orang murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam Hidayah serta 9 orang murabbi.

Program : Mabit Tingkatan 5
Tarikh : 6 Ogos 2020
Masa : 5.30 ptg hingga 11.00 mlm.
Platform: Googlemeet/ [email protected]
Peserta : 131 /157( 84%)
Guru: 9 orang

Agenda:
5.30-6.15 : Al – Mathurat
8.50-9.00: Panggilan masuk peserta
9.00-10.30: Pengisian oleh Sdr. Mujahid Zaharuddin .
10.30-11.00: Sesi soaljawab
11.00 malam : Penutup.

Program dimulakan dengan bacaan Al Mathurat secara maya beramai ramai.
Sesi malam diisi dengan penyampaian tajuk Taubat oleh alumni SMIH, saudara Mujahid Zaharudin.

Mabit diselitkan dengan sesi soaljawab dan di akhiri dengan taklimat tugasan untuk Daurah esoknya daripada Ustaz Taufiq Jaafar.
Semoga semua peserta beroleh ilmu yang bermanfaat dan dijelmakan dengan amal yang mantap in syaa allah. Ameen.

Jazakumullah khairan kathiran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program daurah online terutama kepada Pengetua, Penyelaras Tingkatan 5, Unit Tarbiah Murid, Unit Pembangunan Sahsiah Murid, ibu bapa, MT Batch Zenith22 dan semua murid Tingkatan 5 yang dikasihi Allah sekalian.


#jomkesyurga
#menujubatchrahmah
#zenith22

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda