SRIHJB: Warna warni hari pertama persekolahan sesi 2020

0
675

Hari pertama persekolahan 2020 di SRIH JB berlangsung dengan jayanya.

Di awal pagi murid-murid disambut oleh guru-guru, Pengerusi Pibg Srih & ajknya serta ahli-ahli Lembaga Pengelola Hidayah sebagai tanda selamat datang dan kembali ke sekolah.

Hari pertama dipenuhi dengan aktiviti Taaruf bersama guru kelas dan sambutan khas di Dataran Amanah seperti selawat, doa kesejahteraan, amanat Guru Besar, sarapan bersama mentor dan motivasi daripada Ustaz Adnan Omar.

Persembahan istimewa daripada barisan guru lelaki turut memeriahkan sambutan tersebut.

Pihak PIBG juga menyumbang sarapan untuk semua guru dan murid pada hari ini.

Program diakhiri dengan sesi menulis Azam Baruku bagi semua murid Tahun 2 hingga Tahun 6 manakala murid-murid Tahun 1 meneruskan aktiviti Minggu Transisi.

Ustazah Zaleha Daud
GPK HEM SRIH JB