SRIHJB: Induksi Kepimpinan Murid

0
427

Pada hari Ahad bersamaan 12 Januari 2020 telah diadakan Program Induksi Kepimpinan Murid. Program ini disertai oleh barisan Saf Kepimpinan Muda (SKM) dan Pengawas tahun 4, 5 & 6. Bermula jam 2.45 hingga 4.00 petang di Auditorium Al Farabi.


Program induksi ini telah disampaikan oleh Ustaz Adnan bin Omar, selaku Pegawai Latihan & Kemasyarakatan Pusat Pendidikan Hidayah.


Objektif program induksi ini untuk menerapkan nilai kepimpinan dan memiliki kriteria @ ciri-ciri kepimpinan yang rahmah.


Semoga barisan Kepimpinan Murid SRIH JB dapat menjadi qudwah hasanah yang rahmah, soleh, musleh dan cemerlang.

Jzkk juga kepada ahli Unit Kepimpinan Murid SRIH JB serta semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

SRIH 2020 : RAHMAH, BERPRESTASI TINGGI & MEMIMPIN

Disediakan oleh :
Unit Kepimpinan SRIH JB 2020