Kadar Yuran Sekolah-Sekolah PPH

Bagi tahun 2021

Cara Membayar Yuran

Bagaimana untuk membayar yuran anak anda.

Semua pembayaran yuran adalah melalui JomPAY

Biller code : 10322

Ref-1 : Nombor Matrik Murid

Ref-2 : Jenis yuran / nama murid

Ada Pertanyaan?

Tidak. Semua pembayaran yuran adalah melalui JomPay. 

Ini supaya kami dapat menguruskan wang yuran yang tuan-tuan masukkan dengan lebih cekap, teliti dan teratur.

JomPAY adalah salah satu cara membayar bill di sistem perbankan dalam talian. Biasanya bank akan menyediakan kemudahan JomPAY untuk mempermudahkan penggunanya membayar bil secara dalam talian. 

Secara umumnya tuan/puan boleh ikuti langkah berikut: 

  1. Log masuk sistem dalam talian bank tuan / puan. Cth: Maybank2u atau CIMBClicks. 
  2. Cari bahagian pembayaran bill. 
  3. Pilih kaedah JomPAY untuk membayar yuran anak tuan/puan. 
  4. Masukkan “Biller Code” Pusat Pendidikan Hidayah di ruang yang disediakan, iaitu 10322
  5. Di ruang “Ref-1“, masukkan nombor matriks anak tuan/puan. 
  6. Sahkan pembayaran. 
  7. Siap.

Tuan/puan boleh rujuk di dalam sistem ASIS.

Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan tuan/puan, kemudian semak nombor matrik anak tuan/puan di situ.

Untuk log masuk, klik di sini:
Log Masuk ASIS sebagai ibu/bapa

Contoh jenis bayaran: 

  • Yuran Mei
  • Yuran Kemasukan
  • Yuran Pendaftaran

Yang penting tuan nyatakan dengan jelas yuran tersebut adalah di atas tujuan apa. 

Atau tuan boleh tuliskan nama anak sebagai pengesahan. 

Tuan/puan boleh gunakan kalkulator di bawah. 

Masukkan keperluan tuan/puan dan kalkulator tersebut akan kirakan bagi pihak tuan.

Kalkulator Yuran 2021

Kiraan yuran persekolahan

Belum memohon daftar tetapi berminat?​

Klik untuk memohon kemasukan anak anda

Polisi Yuran

Sekolah Islam Hidayah 2021

Pembayaran yuran adalah melalui aplikasi JomPAY SAHAJA.

Bayaran pendaftaran bagi murid lama untuk sesi baru adalah sebelum atau pada 20hb Disember. Jika ibu bapa/penjaga gagal berbuat demikian, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas.

Bayaran pendaftaran bagi murid baharu, perlu dibayar sebelum atau pada hari pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika ibu bapa/penjaga gagal berbuat demikian, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas.

Resit rasmi boleh disemak dan dicetak melalui laman web www.hidayah.edu.my bahagian e-waris.

Yuran Pengajian sepatutnya/hendaklah dibayar setahun. Walau bagaimanapun, ibu bapa/penjaga dibenarkan membayar secara bulanan tanpa tertunggak sebelum 10hb untuk bulan berkenaan.

Diskaun diberikan kepada murid warganegara Malaysia di SRIH dan SMIH (JB) yang membayar Yuran Pengajian setahun semasa pendaftaran atau selewatnya pada bulan Januari sesi baru.

Yuran Pengajian bagi murid wargaluar hendaklah dibayar setahun atau sentiasa 3 bulan awal (Bayar yuran pertama hingga ketiga semasa pendaftaran, yuran keempat dan seterusnya MESTI dibayar mulai bulan Januari berturutan hingga September)

Ibu bapa/penjaga yang memilih untuk membayar Yuran Pengajian secara bulanan, hendaklah membayar selewatnya pada 10hb bulan semasa, kelewatan bayaran adalah dikira sebagai YURAN TERTUNGGAK. Tindakan terhadap mereka yang mempunyai tunggakan yuran adalah seperti berikut:

7.1
Peringatan melalui SMS – jika sebulan tertunggak.

7.2
Jika 2 bulan tertunggak, peringatan untuk membuat bayaran melalui SMS dalam tempoh 7 hari. Jika tiada bayaran yang dibuat, notis tahan murid melalui surat, SMS, emel dihantar dengan
memberi tempoh 7 hari sebelum penahanan sebenar dibuat. Selain daripada penahanan murid, kes hutang tertunggak boleh diserahkan kepada peguam.

7.3
Jika ibu bapa/penjaga ingin memberhentikan pembelajaran anaknya kerana tunggakan yuran, dokumen yang berkaitan seperti Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang berkaitan tidak akan dikeluarkan sehingga tunggakan yuran selesai.

7.4
Bagi kes penahanan murid (rujuk 7.2) dan permohonan berhenti (rujuk 7.3), cara penyelesaian hanyalah dengan membayar penuh tunggakan yuran.

Notis peringatan status yuran tertunggak terakhir untuk tahun semasa akan dikeluarkan kepada ibu bapa/penjaga yang berkenaan pada bulan November. Murid yang tidak selesai bayaran yuran tahun semasa tidak dibenarkan membayar dan bersekolah untuk sesi baru serta boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pembatalan kemasukan atau pendaftaran atau urusan keluar sekolah adalah seperti berikut:

9.1
Sebelum sesi persekolahan bermula,
| 9.1.1 – Yuran Kemasukan tidak akan dikembalikan.

9.2
Setelah sesi persekolahan bermula,
| 9.2.1 – Yuran Kemasukan dan Yuran Pendaftaran tidak akan dikembalikan.
| 9.2.2 – Yuran selain di 9.2.1 akan dikembalikan mengikut penggal/semester, kecuali Yuran PIBG.

9.3
Murid yang masuk atau keluar di mana-mana hari di pertengahan kedua bulan perlu membayar setengah daripada Yuran Pengajian yang sepatutnya dibayar pada bulan tersebut.

9.4
Yuran Pengajian perlu dibayar setahun penuh. Sekiranya murid berhenti setelah tamat silibus yang sepatutnya, atau selepas mengambil peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan utama (UPSR & PT3), baki Yuran Pengajian tahun semasa perlu diselesaikan.

Bagi murid yang sakit atau cuti berpanjangan, jika ibu bapa/penjaga masih berminat untuk meneruskan persekolahan samada ditahun semasa atau seterusnya, Yuran Pengajian perlu terus dibayar. Jika sebaliknya, mereka perlu berhenti dan mendaftar baru jika ingin kembali ke sekolah. Walau bagaimanapun, penerimaan untuk mendaftar adalah bergantung kepada kekosongan tempat belajar.

11.1
Murid yang ada tunggakan yuran (samada yuran asrama atau yuran pengajian atau yuran persekolahan), tidak layak mohon masuk asrama.

11.2
Yuran asrama hendaklah sentiasa dibayar 3 bulan awal/kehadapan.

11.3
Bagi murid yang ingin menumpang asrama, mereka dikehendaki membayar terlebih dahulu yuran tumpang asrama sebelum masuk ke asrama.

11.4
Kadar yuran tumpang asrama adalah seperti berikut (dibundarkan):
| 11.4.1 – [Kadar harian] = [kadar bulanan] / 30 hari x 1.5
| 11.4.2 – [Kadar sebulan / tumpang asrama melebihi 15 hari ] = [kadar bulanan] x 1.25 (ada peruntukan makanan walaupun telah tidak tumpang asrama dalam tempoh tersebut)

11.5
Jika keluar asrama: 
| 11.5.1 – Sebelum sesi persekolahan bermula:
|   11.5.1.1 – Yuran Pendaftaran akan dikembalikan sepenuhnya.
| 11.5.2 – Setelah sesi persekolahan bermula:
|   11.5.2.1 – Yuran Pendaftaran Asrama akan dikembalikan mengikut penggal / semester.
|   11.5.2.2 – Yuran Asrama: murid yang masuk atau keluar di mana-mana pertengahan kedua bulan perlu membayar setengah daripada Yuran Bulanan Asrama yang sepatutnya dibayar pada bulan tersebut. 

11.6
Murid asrama yang hendak keluar asrama selepas tamat peperiksaan PT3/SPPIM hendaklah membayar 50% daripada Yuran Asrama November dan Disember (tiada makanan disediakan).

11.7
Jika ada tunggakan Yuran Asrama, tindakan akan diambil sama seperti tunggakan Yuran Pengajian, murid tidak dibenarkan tinggal di asrama sehingga tunggakan selesai dibayar.

Polisi di atas adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan daripada masa ke semasa.