SRIHJB | Pelancaran Kempen Inspiring Kindness In School

Pada hari Ahad, 25 September 2022, satu kempen yang diberi nama Inspiring Kindness In School telah dilancarkan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah, Puan Hajah Rohaida binti Ridzwan. Kempen ini bermula September 2022 sehingga Januari 2023 dengan kerjasama Unit Disiplin, Unit Pembangunan Sahsiah Murid ( PSM), Unit Kepimpinan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK). […]

SRIHJB | TAHNIAH ADAM IKHWAN DAN UMAR ZAFRAN (MEMANAH YAYASAN YADIM)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 2 orang murid SRIHJB yang telah menyertai dan melakar kejayaan dalam Pertandingan Memanah Yayasan YADIM. Murid tersebut ialah Muhammad Adam Ikhwan bin Mohd Hafiz yang mendapat Johan dan Umar Zafran bin Mohd Taufek yang memdapat tempat Naib Johan. Maklumat pertandingan adalah seperti berikut: Tarikh : 15 Disember 2021 Masa : 8.00 […]

SRIHJB | GOTONG-ROYONG KHAS PIBG

Seiring dengan pembukaan sekolah di negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, pada hari Sabtu bersamaan 30 Oktober 2021, Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru ( SRIHJB ) telah mengadakan Program Gotong-Royong Khas anjuran pihak PIBG SRIH JB. Program ini bertujuan sebagai persediaan menyambut kehadiran murid- murid ke sekolah semula selepas penutupan sekolah disebabkan Perintah Kawalan […]

SRIHJB| LAPORAN GOTONG ROYONG SOP PEMBUKAAN SEKOLAH 3.0

Alhamdulillah.. Pada 31 Oktober 2021 (Ahad), telah diadakan program Gotong Royong SOP menjelang Pembukaan Sekolah 3.0 nanti. Seramai 81 orang guru telah hadir memberikan sumbangan tenaga untuk memastikan persiapan sekolah berjalan lancar. Aktiviti dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Aktiviti ini telah diketuai oleh Guru Penolong Kanan HEM, Ustazah […]

PEMANTAUAN PPS SRIH JB

15 Julai 2020 : Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Johor Bahru, Sarjan Azma turut hadir pada tarikh awal pembukaan sekolah yang merupakan rutin bulanan perjumpaan bersama GPK HEM SRIH.Dalam perjumpaan kali ini, pihak PPS telah mendapatkan data dari pihak sekolah tentang bilangan kehadiran murid yang hadir pada tarikh tersebut, bilangan guru dan staf yang hadir […]