Pada tarikh 1-3 Ogos 2019, bermula pada hari Khamis sehingga Sabtu, bidang Matematik dan Sains Sek Men Islam Hidayah dengan kerjasama SPM Excellent Program (SEP) telah menganjurkan Program Studython bagi pelajar Tingkatan 5.
Program yang dijalankan selama 3 hari ini bertempat di Kem Bina Negara, Gunung Pulai, Kulai. Program ini melibatkan 6 mata pelajaran iaitu Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan dengan berobjektifkan:
1. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam 6 mata pelajaran tersebut.
2. Meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap 6 mata pelajaran tersebut.
Disamping aktiviti pelajar dipenuhkan dengan slot mata pelajaran, pelajar juga turut melakukan pelbagai aktiviti lain seperti riadhah, tazkirah dan qiamullail.
Alhamdulillah, program studython berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga program studython tingkatan 5 ini memberikan manfaat yang baik kepada para pelajar dan mencapai objektif yang disasarkan.
Jazakumullah khairan katsira kepada para ibu bapa yang menyokong dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.