♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️
Assalamualaikum wbth.
Ibu bapa murid SRIH JB yang dirahmati Allah.
Alhamdulillah dan tahniah kepada anak-anak yang hadir ke sekolah dengan berusaha sebaik mungkin dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Bagi melancarkan lagi urusan hari seterusnya:
- Murid-murid Tahun 5 dan 6 telah dibekalkan QR code masing-masing untuk rekod kehadiran dan suhu.
Diharapkan kerjasama daripada ibu bapa bagi memastikan QR code dijaga dengan baik dan DIBAWA KE SEKOLAH setiap hari.
- Bagi anak-anak yang menaiki kenderaan ibu bapa dibenarkan balik pada jam 1.05 tengah hari sehingga jam 2.00 petang tanpa perlu solat di sekolah.
- Jika ibu bapa belum tiba pada jam 2.00 petang, maka anak-anak akan diminta menunaikan solat Zohor terlebih dahulu. Ibu bapa perlu menunggu sehingga anak-anak selesai solat.
- Sebarang permasalahan tentang tempahan makanan diminta berurusan terus dengan pihak SIH Niaga di no telefon 0197697809.
- Murid-murid yang menaiki bas yang tiba awal tidak akan mengerjakan solat Zohor di sekolah. Mereka akan solat di rumah masing-masing.
- Murid yang menaiki bas serentak dengan SMIH akan solat Zohor di sekolah.
- Pihak sekolah SANGAT mengharapkan agar ramai anak-anak yang dapat pulang awal bagi mengurangkan kesukaran di pihak sekolah menguruskan wuduk & solat dengan normal baharu penjarakan sosial 1 meter.
Perhatian dan sokongan daripada semua ibu bapa diucapkan jazakumullah khairan kathira.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Pengurusan SRIHJB
15 Julai 2020