SRIHJB: Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 SRIH JB Sesi 2025/2026

7 June 2023

Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 SRIH JB bagi sesi 2025/2026 sudah dibuka sekarang!
Tarikh tutup permohonan pada 10 November 2024.

Syarat Umum:
1. Lahir pada 2/1/2018 hingga 1/1/2019
2. Sihat tubuh badan
3. Memiliki sijil kelahiran yang sah

Kepada yang berminat, boleh mengisi borang permohonan kemasukan ini.

Tatacaranya adalah seperti berikut:-

Langkah 1:
Layari laman web Sekolah Islam Hidayah (https://hidayah.edu.my/).
Klik pada ‘DAFTARKAN ANAK’ dan klik pada ‘Mohon Daftar’ , seperti yang tertera pada gambar dibawah.

Langkah 2:
Pilih sekolah (SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU)
Isi nombor IC anak anda di ruang ( 1 ), kemudian Klik ‘Verify’ pada ( 2 ) seperti tertera pada gambar di bawah:

Langkah 3:
Andai anda belum membuat permohonan atau belum ada dalam sistem, anda hanya perlu klik pada ‘REGISTER HERE!‘ untuk membuat permohonan.

Setelah selesai membuat permohonan, anda boleh semak permohonan anda dengan memasukkan no. IC anak anda di ruang ( 1 ) seperti di Langkah 2.

Terima kasih kerana sudi membuat permohonan ke sekolah kami.
Moga dipermudakan isi borang permohonan ini.

*Untuk memohon bagi tahun selain dari tahun 1, prosesnya sama juga seperti di atas.

*andai ada masalah untuk mengisi borang ini, boleh terus hubungi Pegawai IT Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru:

Ab Al-Hakam bin Ab Rahman
https://t.me/pitpph

Kongsikan dan Sebarkan