Assalamualaikum w.b.t.
Untuk makluman ibu bapa/penjaga anak-anak SRIH, pihak sekolah telah menetapkan beberapa tempat menunggu untuk anak-anak menunggu ibu bapa.
Ini juga bertujuan memudahkan ibu bapa mengesan anak masing-masing.
Berikut adalah butiran tempat tersebut:-
a) Tahun 1 – Di hadapan Bangunan SMIH (Berhadapan pintu Jejantas)
b) Tahun 2 – Di belakang Kedai SRIH (Bangunan Taqwa)
c) Tahun 3 – Di hadapan Kedai SRIH ( Bangunan Taqwa)
d) Tahun 4 – Di hadapan Bangunan Amanah 1&2
e) Tahun 5&6 – Di kawasan berbumbung (Depan 5AAT)
Pihak sekolah juga ingin memaklumkan sebanyak TIGA LALUAN KELUAR untuk murid-murid keluar ke arah ibu bapa masing-masing iaitu:
a) Pintu Jejantas
b) Pintu A (Pondok Jaga)
c) Pintu B (Depan Tangga Bangunan Amanah)
Had kawasan menunggu ibu bapa adalah di kawasan :
- Pondok Ibu bapa/
- Pondok Jaga/
- Bahagian luar pintu B
Bagi ibu bapa yg mempunyai masalah kesihatan untuk menaiki jejantas, boleh maklumkan kepada guru-guru di SRIH melalui telefon untuk memanggil anak-anak yg berada di dalam kawasan sekolah.
Amatlah besar harapan pihak sekolah agar ibu bapa dapat sentiasa mengingatkan anak-anak untuk menunggu di tempat yang ditetapkan dan memberitahu anggaran masa ibu bapa sampai untuk mengambil kepada masing-masing.
Murid-murid yang ibu bapanya belum sampai setelah jam 2.30 petang, mereka akan diarahkan pergi solat di Dataran Amanah.
Jazakumullah khairan kathira atas kerjasama tuan/puan.
UNIT HEM SRIH JB
22/07/2020