Alhamdulillah..
Pada 31 Oktober 2021 (Ahad), telah diadakan program Gotong Royong SOP menjelang Pembukaan Sekolah 3.0 nanti.
Seramai 81 orang guru telah hadir memberikan sumbangan tenaga untuk memastikan persiapan sekolah berjalan lancar. Aktiviti dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.
Aktiviti ini telah diketuai oleh Guru Penolong Kanan HEM, Ustazah Zaleha Daud. Setiap guru telah diberikan tugasan dan kumpulan masing-masing untuk gotong royong. Antara aktiviti gotong royong yang dilaksanakan ialah menampal dan memperbaharu garisan laluan, mengecat anak panah, menampal tanda penjarakan laluan dan dataran, menampal penanda bas dan van, mengemas bilik-bilik khas dan membersihkan kawasan sekitar.
PIhak pengurusan sekolah merakamkan penghargaan kepada semua guru atas pengorbanan tenaga yang telah diberikan. Semoga Allah membalas segala amal dan perbuatan yang dilakukan dengan sebaik-baik ganjaran.
Marilah sama-sama kita berdoa agar warga sekolah Hidayah terus dipelihara dan dilindungi oleh Allah s.w.t. dengan kita sama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Jazakamullah khairan kathira diucapkan.
UNIT HEM
31/10/2021
[LAMPIRAN GAMBAR]