SRIHJB | Induksi Kepimpinan Ketua/ Penolong Kelas 2021

Pada 6 dan 7 April 2021, telah berlangsung Induksi Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas yang dianjurkan oleh Unit Kepimpinan Kelas dan Kemasukan 2021 bertempat di Perpustakaan Al Ghazali, Sekolah Rendah Islam Hidayah.

Program yang melibatkan 36 orang ketua kelas dan 36 orang penolong ketua kelas ini bertujuan untuk melahirkan sifat kepemimpinan dan sifat bertanggungjawab dalam menjalankan amanah terhadap jawatan yang diberikan.

Barisan kepimpinan kelas  ini telah menerima amanat  dan motivasi daripada  Penolong  Kanan HEM, Ustazah Zaleha Daud melalui ucapan pembukaannya. Selain itu, mereka turut diberi pendedahan terhadap tugasan-tugasan yang perlu dijalankan sebagai ketua dan penolong ketua kelas oleh guru-guru Unit Kepimpinan Kelas dan Kemasukan iaitu Ustazah Ajda Nuha Ahmad Daniel dan Ustazah Norasiken Salikon..

Sebelum bersurai barisan kepimpinan ini telah menerima watikah pelantikan dan menjalani sesi bergambar beramai-ramai.Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua peserta.

Tahniah diucapkan kepada semua ketua dan penolong ketua kelas atas jawatan dan amanah yang diberikan. Semoga menjadi pemimpin yang rahmah dan bertanggungjawab dalam tugasan yang bakal dijalankan.

Disediakan oleh

Ustazah Maslina binti Pohan

Setiausaha

Unit Kepimpinan Kelas dan Kemasukan 2021

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda