Pertandingan Menulis Esei dan Lukisan telah dijalankan untuk murid-murid sekolah rendah sempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA) pada 15 Februari 2020 di Balai Seminar, Tingkat 6, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dengan penuh penghayatan tentang kepentingan bahasa ibunda masing-masing khususnya kepada seluruh masyarakat amnya.
Sehubungan dengan itu, beberapa orang murid Sekolah Rendah Islam Hidayah telah menyertai pertandingan yang telah dijalankan. Alhamdulillah dan tahniah buat para peserta yang telah memenangi pertandingan tersebut.
Berikut ialah nama pemenang Pertandingan Lukisan sempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA) pada tahun ini:
Tempat pertama – MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM BIN AHMAD ROSDI, 2AT.
Tempat kedua – RIFA DELISHA BINTI LAHAT DADOK, 3AT.
Tempat kelima – MUHAMMAD FIRASH IQBAL BIN SUHAIDI, 2AD.
Tempat keenam – MUHAMMAD AKIFF BIN MOHD ARIFF, 3AT.
Bagi penerima sijil penyertaan daripada 100 peserta yang terbaik Pertandingan Lukisan (HBIA) ialah:
1. NUR AMANI SALSABILA BINTI AZIZILFIKRI, 3AN.
2. IZZAT ZIHNEE BIN SAUFI HATTA, 1 IM.
3. MUHAMMAD AFIFF BIN MOHD ARIFF, 1 IM.
4. MUHAMMAD HARITH MIRZA BIN MOHD KHAIRUL MIZAN, 2 IM.
5. SITI AFLAH WARDINA BINTI KHAIRUL NIZAM, 2B.
Manakala bagi Pertandingan Menulis Esei pula, pemenangnya adalah seperti berikut:
Tempat ke lapan – AISYA SOFEA BINTI ADAY ZAMRI, 5 ABS.
Bagi penerima sijil penyertaan daripada 100 peserta yang terbaik ialah:
1. NUR ADRIANA BINTI APIZ, 6SAA.
2. NUR NAJLAA AFIFAH BINTI MOHD AZUAN, 6SAA.
3. NURELMIRA DARWISYAH BINTI MOHAMAD EFENDI, 5SAA.
4. IZZAH SUFEEYAH BINTI SAUFI HATTA, 4ABS.
5. MUHAMMAD HIRZAN BIN MASDINIZAM, 5ABS.
6. DANISH QUE PUTRA BIN AZHAR, 5ARA.
7. DANIAL IZZ PUTRA BIN AZHAR, 4UAF.
8. MUHD ATIFF BIN MOHD ARIFF, 5UAK.
Penyampaian sijil penyertaan telah diberikan kepada para pemenang pada hari Ahad, 1 Mac 2020 ketika perhimpunan mingguan sekolah yang berlangsung di Dataran Amanah Sekolah Rendah Islam Hidayah JB.
Sekian, terima kasih.