SRIHJB | GOTONG-ROYONG KHAS PIBG

Seiring dengan pembukaan sekolah di negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, pada hari Sabtu bersamaan 30 Oktober 2021, Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru ( SRIHJB ) telah mengadakan Program Gotong-Royong Khas anjuran pihak PIBG SRIH JB.

Program ini bertujuan sebagai persediaan menyambut kehadiran murid- murid ke sekolah semula selepas penutupan sekolah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mei yang lalu. Gotong-royong ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara warga SRIH JB.

Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul 8:30 pagi dengan dihadiri oleh guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan staf-staf sekolah. Mereka telah menyumbangkan tenaga dan masa dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini.

Aktiviti membersihkan, menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah, kelas-kelas dan bilik-bilik khas telah tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Alhamdulillah, kini kawasan sekolah tampak lebih bersih dan ceria sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG SRIH JB yang telah menaja sarapan dan makan tengah hari semasa aktiviti gotong-royong dijalankan.

Semoga kerjasama erat antara pihak guru dengan pihak ibu bapa ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Unit Kelestarian 2021
31/10/2021

[GALERI GAMBAR]

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda