MURID 12 TAHUN SRIH BP MENDAPAT DOS PERTAMA SUNTIKAN VAKSIN
Alhamdulillah. Selesai sudah murid Tahun 6 An-Nasr mendapatkan dos pertama mereka hari ini di Pusat Pemberian Vaksin Ramatex Batu Pahat.
Semua murid dan ibu bapa memberi kerjasama yang baik seterusnya melancarkan lagi semua urusan bermula dari pendaftaran nama hingga tiba hari anak-anak mendapat vaksin.
Pihak pengurusan juga mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
Jazakumullah khairan kathira juga kepada ibu ayah yang selalu menyokong dan memberi kerjasama yang baik kepada pengurusan sekolah serta kepada Ustazah Miftakhul Ngulum dan Ustazah Nurul Syazwani kerana menjadi tulang belakang bagi melancarkan proses penerimaan vaksin murid tahun 6 SRIHBP.
Tahniah semua !!
Unit HEM SRIH BP6 Oktober 2021